Surah ke-82 dalam Al-Quran

Surah Al-Infitar

Makkiyyah 19 ayat Juzuk 30
Al-Infitar

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتْ ﴿١﴾

Apabila langit terbelah;

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَإِذَا ٱلْكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتْ ﴿٢﴾

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَإِذَا ٱلْبِحَارُ فُجِّرَتْ ﴿٣﴾

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَإِذَا ٱلْقُبُورُ بُعْثِرَتْ ﴿٤﴾

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

Tafsir al-Muyassar (Arab)

عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ ﴿٥﴾

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلْكَرِيمِ ﴿٦﴾

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

Tafsir al-Muyassar (Arab)

ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ ﴿٧﴾

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

Tafsir al-Muyassar (Arab)

فِىٓ أَىِّ صُورَةٍۢ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ ﴿٨﴾

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ ﴿٩﴾

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَٰفِظِينَ ﴿١٠﴾

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

Tafsir al-Muyassar (Arab)

كِرَامًۭا كَٰتِبِينَ ﴿١١﴾

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

Tafsir al-Muyassar (Arab)

يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ ﴿١٢﴾

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍۢ ﴿١٣﴾

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍۢ ﴿١٤﴾

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ ٱلدِّينِ ﴿١٥﴾

Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَآئِبِينَ ﴿١٦﴾

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ ﴿١٧﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Tafsir al-Muyassar (Arab)

ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ ﴿١٨﴾

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Tafsir al-Muyassar (Arab)

يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌۭ لِّنَفْسٍۢ شَيْـًۭٔا ۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍۢ لِّلَّهِ ﴿١٩﴾

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

Al-Infitar Ayat 1 daripada 19

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah Al-Infitar

Surah Al-Infitar (الانفطار) ialah surah ke-82 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 19 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, الانفطار, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah Al-Infitar

Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Infitar?

Surah Al-Infitar mempunyai 19 ayat.

Adakah Surah Al-Infitar Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah Al-Infitar terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah Al-Infitar terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah Al-Infitar?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Abdur-Rahman As-Sudais, Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

This page is translated with machine assistance and may contain mistakes. The English and Arabic versions are our reference. About our sources