Surah ke-102 dalam Al-Quran

Surah At-Takathur

Makkiyyah 8 ayat Juzuk 30
At-Takathur

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ﴿١﴾

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

Tafsir al-Muyassar (Arab)

حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ ﴿٢﴾

Sehingga kamu masuk kubur.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

Tafsir al-Muyassar (Arab)

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

Tafsir al-Muyassar (Arab)

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ ﴿٥﴾

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

Tafsir al-Muyassar (Arab)

لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ ﴿٦﴾

(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

Tafsir al-Muyassar (Arab)

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ ﴿٧﴾

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Tafsir al-Muyassar (Arab)

ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨﴾

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Tafsir al-Muyassar (Arab)

At-Takathur Ayat 1 daripada 8

Teks Arab: tulisan Uthmani. Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih. Audio: everyayah.com.

Tentang Surah At-Takathur

Surah At-Takathur (التكاثر) ialah surah ke-102 dalam Al-Quran. Ia mempunyai 8 ayat dan terletak dalam Juzuk 30. Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah, iaitu kebanyakannya diturunkan sebelum hijrah Nabi ke Madinah.

Namanya, التكاثر, ialah cara surah ini dikenali dalam bahasa Arab.

Soalan tentang Surah At-Takathur

Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Takathur?

Surah At-Takathur mempunyai 8 ayat.

Adakah Surah At-Takathur Makkiyyah atau Madaniyyah?

Ia dikelaskan sebagai surah Makkiyyah.

Surah At-Takathur terletak dalam Juzuk yang mana?

Surah At-Takathur terletak dalam Juzuk 30.

Di manakah saya boleh mendengar Surah At-Takathur?

Tekan Main pada halaman ini untuk mendengarnya ayat demi ayat, dibaca oleh Abdur-Rahman As-Sudais, Mishary Alafasy, Mahmoud Khalil Al-Husary, Abdul Basit Abdus-Samad, Maher Al-Muaiqly, Saad Al-Ghamdi, Ahmad Al-Ajmi, Abu Bakr Ash-Shatri, Hani Ar-Rifai, Mohamed Siddiq Al-Minshawi, Ali Al-Hudhaify, Muhammad Ayyub, Abdullah Basfar, Yasser Ad-Dosari, Nasser Al-Qatami, Salah Al-Budair, Saud Ash-Shuraim, Abdullah Awad Al-Juhany, Muhammad Jibreel.

This page is translated with machine assistance and may contain mistakes. The English and Arabic versions are our reference. About our sources